BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.

 

SYDNEY – Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

“Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui,” kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

“Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

“Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah,” tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat.

ppsssttt: ade sape2 yg nak belikan tuk saye??hehe…

 

SUMBER

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

16 Responses to (Gambar) Berlian merah jambu ditemui

  1. eMMe says:

    mcm gula2, akak rasa nak telan! heeee~

  2. el says:

    perghhhh cun giler berlian ni
    dpt seketul masyallah best ni
    dr letak kt sebatang pen..baik bg kt k.el wat cincin hehehe

  3. mak lagenda says:

    cantiknyaaaaa kaler fink berlian nih kan la.

    P/s: Request kat bopren soh buat hantaran meminang ila nnt. Ahaks..

  4. teringat cite pink panther weii….;) hehehe

  5. lily says:

    pergghhh…harga tu..
    Cantik..lagi2 warna pink..bertuahlah sape yg dapat pakai berlian tu..

  6. ha la…kannnn pink panther :) suke beyonce ngn aishwarya mse dorang berlakon cite tu! :) well diamonds are woman best accompany :)

  7. ch000tz says:

    wayyyyyy mesti cantik kalau buat cencenn kan :D

  8. of course darling! tu kan kaler feberet i :P haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>